Monday, July 5, 2010

Kampung Bayangan





Kampung Bayangan merupakan juara bagi Pertandingan Desa Cemerlang pada tahun 2004. Kampung ini cantik dan tersusun selain daripada banyak aktiviti ekonomi, masyarakat, agama, pendidikan, sosial yang dianjurkan dengan jayanya untuk dan oleh para penduduk.

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan







It reads as below:
BATU SUMPAH PERINGATAN
MENGIKUT PERLAMBAGAAN
1. UGAMA BEBAS DALAM SABAH
2. TANAH2 DALAM SABAH DI-KUASA OLEH KERAJAAN SABAH
3. ADAT ISTIADAT ANAK RAKYAT SABAH DI-HORMATKAN DAN DI-PELIHARA OLEH KERAJAAN
SABALEK PULA RAYAT2 SABAH DI-DALAM INTERIOR BERSUMPAH TA'AT SETIA KAPADA KERAJAAN MALAYSIA.

Gua Laing





Gua Laing terletak di kawasan hutan tebal, kira-kira 20 km dari pekan Keningau. Untuk sampai ke gua tersebut, pengunjung terpaksa berjalan meredah hutan, turun dan naik bukit serta menyunsur sungai selama kira-kira dua setengah jam. Gua ini kononnya berasal daripada sebuah tajau besar.

Air Terjun Ulu Senagang

















Air Terjun Ulu Senagang yang terletak di Kg. Ulu Senagang

Kuil Guan Ji

Pendedahan mengenai agama Buddha secara mendalam amatlah kurang di daerah Keningau sehinggakan penganut agama ini sendiri kurang memahami. Di atas sebab ini, sekumpulan penganut agama Buddha telah menubuhkan Persatuan Agama Buddha Keningau secara rasminya pada penghujung tahun 1990.
Salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Persatuan ini adalah pembinaan kuil Guan Ji yang berada di bukit Kg. Menawo, kira-kira 15 minit dari pekan Keningau. Kuil ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Yong Teck Lee, pada 28 September 1997.
Kuil ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, tetapi disebabkan oleh lokasinya yang strategik, pandangan panoramik pekan Keningau dan kawasan perkampungan di sekitar pekan dapat dilihat dengan jelas. Selain daripada itu, kedudukannya yang berada betul-betul di puncak sebuah bukit, bangunan kuil dan patung "Dewa Kuan Yin" dapat dilihat dengan jelas dari pekan, dan ia telah menjadi suatu "landmark" daerah Keningau.

Tarian Tradisional Keningau

Tarian Magunatip

Tarian Sumazau

Tarian Sumayau


Magunatip

Tarian ini popular di kalangan masyarakat suku kaum Dusun Gana yang banyak terdapat di kawasan Bingkor, Keningau. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di mana empat batang palu penumbuk padi digunakan dan dilagakan sehingga mengeluarkan bunyi 'apit-apit'.

lanya ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri dari lelaki dan wanita, terlonjak-lonjak menari dengan pakaian yang penuh tradisi, sementara dua orang melagakan alu dan dua orang lagi rnemegang pangkal alu tersebut supaya tidak berganjak dari kedudukannya.

Tarian ini sudah dijadikan satu upacara rasmi, terutama sekali semasa Majlis Jamuan Makan orang-orang kenamaan keturunan suku kaum Dusun Gana atau lebih dikenali sebagai 'Orang Kaya-kaya' atau O.K.K. di samping ditarikan dalam majlis-majlis menyambut perayaan Hari Magawou iaitu hari Pesta Menuai Padi.

Mansayau

Tarian suku kaum Murut di Limbawan ini sering ditarikan apabila seseorang pahlawan Murut kembali dari berperang atau mangayau (memburu kepala manusia). Satu upacara untuk menyambut kepulangannya dipanggil 'mansilad'. 8iasanya tarian ritual ini dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan, hari-hari kelepasan am suku kaum Murut seperti hari Pesta Menuai Padi. Ianya diiringi dengan pukulan sembilan biji gong, sebuah gendang dan satu set bakakung atau kulintangan.

Alat-alat tersebut dipalu mengikut rentak-rentak tertentu dan yang lazim dimainkan ialah pukulan benama magadang.

Ragam-ragam tarian ini tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan boleh ditarikan oleh sepasang penari (lelaki dan wanita) Pakaian penari lelaki dipanggil bangkad dan abag sementara pakaian wanita pula dipanggil linambongan dan pinangkit.

Sumayau

Tarian suku kaum Dusun Gana ini mengandungi penari-penari yang tidak tetap. Ia boleh ditarikan oleh enam orang atau lapan orang asalkan ianya genap dan berpasangan wanita dan lelaki.

Tarian yang diiringi oleh pukulan gong termasuk kulintangan hampir-hampir serupa dengan tarian Mansayau suku kaum Murut Limbawan. Ianya rnerupakan hiburan semata-mata dan ditarikan di majlis-majlis perkahwinan dan hari Magawou atau Pesta Menuai Padi.

Kumanja

Tarian ini berasal dari suku kaum Murut Limbawan dan dalam tarian ini terdapat unsur unsur pencak silat. Penarinya (hanya seorang lelaki) cuba menunjukkan kelincahannya dalam seni ini. Biasanya ditarikan dalam majlis-majlis minum tapai. Pukulan gong yang diberi nama taruntu akan mengiringi tarian ini yang mengandungi lima biji gong dan satu set bakakung atau kulintangan. Pakaian penarinya dipanggil bangkad dan abag. Penari memegang sebilah pailang (sejenis parang lama). Pailang inilah yang digunakan oleh pemburu-pemburu untuk menewaskan lawan mereka.

Magarang

Tarian ini biasanya dipertunjukkan pada musim perayaan atau hari perkahwinan dan Pesta Menuai Padi bagi suku kaum Dusun di Batu Lunguyan Tulid di kawasan Sook, Keningau. Ianya hampir serupa dengan tarian Mansayau suku kaum Murut Baukan, yang menggunakan alat-alat muzik tagung (gong) atau canang. Ianya ditarikan oleh lima orang penari lelaki dengan memukul tagung sambil menari dalam rentak 'sumayau'.

Sebanyak lima jenis tagung digunakan iaitu: gong sanang, gong baru, gong lama, gong tawak dan gong mangkasar. Pakaian penari lelaki disebut binduan perhiasan di kepala termasuk bunga dipanggil tundang, manakala seluar dipanggil salua atau elus.

Mangalang Ngajat

Tarian ini popular di kalangan suku kaum Murut dan berasal dari kawasan Pensiangan. Biasanya ditarikan dalam ruangan rumah panjang oleh seorang penari lelaki, sementara penari perempuan tidak terhad bilangannya asalkan berpasangan. Tarian ini merupakan satu tradisi suku kaum Murut Pensiangan, terutama sekali apabila menyambut kepulangan seorang pahlawan dari berperang dan juga ditarikan dimusim menghantar berian perkahwinan.

Dalam satu upacara kaum lelaki menarik tarian ini dengain memakai sepulu sebagai perhiasan di kepala, baju yang biasanya berwarna hitam disebut sampoi dan memakai cawat yang diperbuat daripada kain putih, merah dan hitam, serta memegang sebilah pailang.

Pakaian penari perempuan di bahagian kepala disebut salupa diperbuat daripada kain berwarna hitam yang diberi nama sampoi, manakala kain tepi pula disebut pinangkolog. Tarian ini serupa dengan tarian suku kaum Murut Kalimantan Timor Indonesia. Biasanya ditarikan dengan iringan pukulan lima biji gong.

Titikas

Tarian ini ditarikan oleh masyarakat suku kaum Dusun di Tulid dan juga suku kaum Murut Limbawan, Keningau. Pukulan gong dan tarian titikas akan mengiringi tamu ketika menghabiskan atau mengeringkan sukatan tapai yang di minum.

Selalunya tetamu akan dijemput menarikan tarian ini menurut giliran tetamu itu minum. Penari-penari memegang sebiji gong yang dipanggil sansaring dan dipalu sesuai dengan ragam tarian. Tarian ini biasanya diketuai oleh seorang lelaki.

Sompoton

Sompoton adalah sejenis alat muzik yang di perbuat daripada buluh kecil, buah badas atau, tabarau, sejenis tumbuhan yang pahit isinya dan tidak boleh dimakan. Selain itu digunakan sapinit (sejenis gam pelekat) dan kelulut labah (sejenis lebah yang membuat sarangnya di batang kayu dan gemar menghisap peluh manusia). Alat muzik sompoton ini juga dijadikan, pengiring bagi sebuah tarian, dan sering dilakukan oleh masyarakat suku kaum Dusun Gana di kawasan Bingkor, Keningau.

Tarian sompoton ditarikan oleh penari-penari wanita yang tidak terhad banyaknya dan seorang penari lelaki. Seorang lelaki yang mengetuai tarian ini akan bermain sompoton dan menari bersama penari-penari wanita sambil bertepuk tangan, mengikut rentak dan irama lagu sompoton, tanpa disertai dengan alat-alat muzik lain. Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis minum tapai dan menyambut perayaan hari Magawou.

Mansayau Baukan

Tarian suku kaum Murut Baukan ini berasal dari Tulid dalam kawasan Sook Keningau. Ianya terdiri dari enam orang penari wanita dengan memakai pakaian tradisional suku kaum Murut Baukan. Cara mereka menari agak berlainan sedikit, kerana penari-penarinya memukul canang sambil menari. Jenis pakaian mereka dipanggil sulaou untuk baju dan tapi untuk kain, sementara perhiasan dada pula dipanggil takin. Tarian ini tarikan semasa menyambut hari kebesaran suku kaum Murut Baukan di Tulid.

Mangalang Sumaluang

Tarian ini ditarikan oleh penari-penari wanita dan lelaki yang tidak terhad bilangannya asalkan sahaja berpasangan. Berasal daripada masyarakat suku kaum Murut di kawasan Pensiangan Sabah, ianya ditarikan dalam upacara-upacara menyambut tetamu dari jauh, pindah rumah, tinau,elou dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi). Tarian ini ditarikan dengan iringan lima biji gong.

Sumazau

Tarian ini sebenarnya berasal dari daerah Tuaran, dan sering ditarikan oleh suku kaum Dusun di kampung Sinulihan, Tulid dalam kawasan Sook, Keningau. Penari-penarinya tidak terhad banyaknya asalkan sahaja berpasangan lelaki dan wanita. Pakaian penari wanita dipanggil rangkit, sementara pakaian kaum lelaki pula disebut Sinitingan.

Tarian ini diiringi oleh pukulan enam biji gong. Salah sebuah lagunya yang dimainkan dalam tarian ini ialah Pandai Ruhukon. Biasanya ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

Minzuzu

Tarian Minzuzu atau Kaidaan ialah tarian yang melibatkan pemujaan semangat padi. Tarian jenis ini boleh didapati di Batu Lunguyan Tulid dalam kawasan Sook Keningau.

Minzuzu tidak memerlukan sebarang alat muzik, tetapi hanya menggunakan lagu yang dinyanyikan dengan mengikut rentak dan irama lagu tersebut. Para penarinya terdiri daripada wanita yang tidak terhad bilangannya. Tarian ini biasanya ditarikan di perayaan Pesta Menuai di majlis-rnajlis perkahwinan suku kaum ini.



Friday, June 18, 2010


Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.