Pendedahan mengenai agama Buddha secara mendalam amatlah kurang di daerah Keningau sehinggakan penganut agama ini sendiri kurang memahami. Di atas sebab ini, sekumpulan penganut agama Buddha telah menubuhkan Persatuan Agama Buddha Keningau secara rasminya pada penghujung tahun 1990.
Salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Persatuan ini adalah pembinaan kuil Guan Ji yang berada di bukit Kg. Menawo, kira-kira 15 minit dari pekan Keningau. Kuil ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Yong Teck Lee, pada 28 September 1997.
Kuil ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, tetapi disebabkan oleh lokasinya yang strategik, pandangan panoramik pekan Keningau dan kawasan perkampungan di sekitar pekan dapat dilihat dengan jelas. Selain daripada itu, kedudukannya yang berada betul-betul di puncak sebuah bukit, bangunan kuil dan patung "Dewa Kuan Yin" dapat dilihat dengan jelas dari pekan, dan ia telah menjadi suatu "landmark" daerah Keningau.
Ini Kuil Guan Ji terbuka kah untuk tourist or local person untuk masuk atau tidak dibuka untuk orang ramai ??
ReplyDelete